Emas Tetap Emas

Hari Bertukar Hari... Tahun Berubah Tahun... Dekad Berlalu... Abad Berganti... Peradaban Dunia & Tamadun Manusia Juga Berubah. Namun Satu Benda Yang Tetap Sama Nilainya, Tetap Menjadi Buruan Manusia Tidak Mengira Bangsa, Agama atau Dari Negara Mana Asalnya, Emas Tetap Emas.

Semakin Dunia Menuju Ke Penghujungnya, Semakin Ramai Yang Mendambakannya... Kerana... Emas Tetap Emas... Kilauan Yang Didambakan Sepanjang Zaman.

Sunday, November 14, 2010

Teknik 1: Bagaimana Membeli Sekiranya Wang Tidak Mencukupi, Faedahnya & Riskonya

Kini anda telah berjaya menguasai 100 gram emas fizakal tersebut pada harga masa kini. Anda hanya perlu membayar secara ansuran atau jumlah penuh kepada Ar-Rahnu semula untuk memiliki hak sepenuh emas anda.
Faedahnya adalah nyata - anda membeli emas pada harga semasa berbanding dengan mengumpul wang dan membeli pada harga yang lebih mahal di masa akan datang. Anda juga boleh membayar upah simpan sahaja kepada Ar-Rahnu sekiranya anda belum dapat membayar ansuran tersebut.  Adakah cara ini lebih baik dari pinjaman lain kerana pinjaman lain ada amaun tertentu yang wajib dibayar setiap bulan.
Apakah Risiko kepada anda - anda perlu sedar bahawa ada kos tambahan yang wujud iaitu upah simpan yang mesti dibayar sebelum tamat tempoh 6 bulan. Kos tambaham ini adalah sebanyak 7.8% -9% setahun..

1 comment:

  1. Bukankah membuat pinjaman di Bank yang lebih rendah interestnya lebih baik daripada teknik yg dicadangkan. Lagi pun di Ar-Rahnu ,pembeli perlu settlekan bayaran pajakan dalam masa yg singkat..

    ReplyDelete